Tuesday, August 9, 2011

Cabaran #2 [iPad MySuperKids]: RAMADHAN YANG MEMBAWA BERKAT

Insya ALLAH, setakat hari ke-9 Ramadhan ni, aku masih mampu berpuasa. Harap-harap dapat berpuasa penuh sebulan tahun ni supaya tahun depan tak payah ganti. Heheh.

Sebenarnya, pada awal Ramadhan, niat di hati nak muat-naik gambar-gambar makanan bersahur & berpuasa yang aku masak. Ada jugak sekeping dua gambar yang berjaya di ambil tapi bila masuk hari ke-3 puasa, dah terlupa nak ambil gambar. Masak pun ulangan ja (perangat balik lauk2 yang tak habis). Mana taknya, walaupun kat rumah ni ada 3 orang dewasa, aku sorang je yang kuat melantak. Si adik ipar biasanya berbuka di masjid, Ahmad pulak makan ala kadar je, sekadar recreational-eater ja Ahmad ni heheh. Lepas dengar azan, minum air lepas tu ngadap rokok dulu dua tiga batang. Bila dah kenyang asap, mana ada selera nak makan nasi dah, ye tak? Setakat ni, baru 2 hari kami beli makanan di Pasar Ramadhan, tu pun sebab aku dah tak larat nak fikir apa yang nak dihidangkan untuk berbuka.

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan untuk berpuasa tahun ini. Masih mampu untuk melaksanakan kewajipan harian dengan tabah (walaupun tahap kesabaran tu agak goyah). Aku juga bersyukur kerana telah dikurniakan hadiah yang cukup istimewa pada bulan yang cukup barakah ini. Kiranya, dah 2 kali perkara ini berlaku dalam seumur hidupku yang baru (baru yer heheh) mencecah 32 tahun. Alhamdulillah..betul kata sahabat baikku dalam nasihat beliau di laman Facebook sewaktu aku mengamuk sakan selepas Ahmad veto aku berhenti kerja bulan lepas. Pandai sungguh beliau meneka!

Bulan ni juga, aku telah mengambil langkah mengajar Nazrin (2 tahun 3 bulan) potty-training. Aku dah mula ajar dia supaya bila nak kencing atau buang air besar, cepat-cepat ke bilik air. Hari mula, terjadi 2 kali 'kemalangan kecil' tapi aku tak kisah sebab Nazrin baru nak belajar. Tak seperti Shahrin dulu, disebabkan masalah sembelit yang teruk, di tambah pulak dengan sikap dia yang terlalu banyak minum susu dan tak mahu makan, aku tak potty-train dia sampailah umur dia 3tahun lebih. Tu pun, tiap-tiap hari aku akan cakap kat Shahrin, "Nak kencing cakap kat Ibu tau!" dan tiap-tiap hari, ada saja 'kemalangan kecil'. 

Alhamdulillah, hari ni dah kiranya 9 hari Nazrin tak pakai lampin pakai-buang di siang hari. Termasuk semalam, baru 4 'kemalangan kecil' dan 1 'kemalangan besar' yang sempat dielakkan. Syukur sangat-sangat sebab berjaya kurangkan perbelanjaan beli lampin pakai-buang. Malam lain kira la, rasanya tunggu Nazrin punya cue macam mana, dia akan kencing dalam lampin atau tak malam2. Macam anak adik aku, bila bangun pagi-pagi Mama dia periksa lampin dan didapati lampin pakai-buang tu tak basah, dalam umur 4 tahun dah berhenti terus pakai lampin pakai-buang. Shahrin jugak yang belum lulus bab tidur malam ni, masih perlu pakai lampin pakai-buang walaupun dah kencing sebelum tidur.

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana masih hidup dan masih mampu beribadat. Aku bersyukur kerana hidup di Malaysia yang aman, damai dan kaya raya ni. Doaku kirim buat muslimin dan muslimat di negara yang sedang di landa kemarau/bencana alam/perang. Semoga ALLAH memberkati mereka semua.

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazya nisa’ & Adam Mohamad
dan ditaja oleh Adorable Muslimah"

5 comments:

  1. "Dikurniakan hadiah yg cukup istimewa pada bulan yg penuh barakah ini."

    Hadiah apakah itu? Jeng jeng jeng....

    Aina~

    ReplyDelete
  2. Jeng jeng jeng...

    Nak tahu..kena tunggu bln 5 thn depan yer

    Insya ALLAH

    hang la ni...pandai sungguh wat prediction! :D

    ReplyDelete
  3. Uik ya ka?

    Hehehe tahniah tahniah... Alhamdulillah.

    Moga2 dpt girl pulak pasni. Leh hg boh nama aku kat dia kehkeh..

    Kena peringat tuh kat Ahmad suruh keja rajin sikit. Saiz keluarga nak tambah besaq :)

    Take care ~ Aina

    ReplyDelete
  4. Aiyoh..tak ble la Auntie Aina..nama hg tak memenuhi kriteria single name ending with 'rin.. (Shahrin, Nazrin, ...rin?) heheh any ideas?

    ReplyDelete