Thursday, February 17, 2011

Saya mahu cerita menarik dari Blog abjadmenjadicerita.blogspot.com

Pertama kali menulis artikel dalam Bahasa ibunda. :D

Selalunya bahasa pilihan adalah English, bukan kerana teringin bermata biru atau berambut perang, tetapi kerana ingin melatih diri lebih cekap menulis dalam bahasa antarabangsa itu.

Agak janggal menulis dalam bahasa baku. Rasanya saya akan gunakan bahasa pasar sahaja untuk hari ini. Jadi, artikel pada hari ini adalah berkenaan kemahuan saya memiliki iPad percuma dari blog MySuperKids. Mama Lyna telah mendapat 'keuntungan' besar dari Nuffnang dan beliau telah anjurkan pertandingan ini sebagai habuan buat pembaca setianya.

SAYA MAHUUU!!!!

Blog abjadmenjadicerita ni kepunyaan Adik a.k.a Normi, bekas penghuni serumah sewa dengan saya dulu. Beliau sangat bijak mengolah cerita aktiviti harian beliau sampai kadang-kadang saya tergelak seorang diri. Tambah pula Normi sekarang sudah ada seorang putera yang amat berTuah. Semakin banyak cerita menarik dari beliau yang turut dihiasi dengan gambar2 yg menarik. Tutorial tentang blog juga ada di blog Normi, maka dapat juga saya belajar cara menguruskan blog saya ini.

Dengan itu, walaupun artikel saya ini tidaklah sekreatif mana, tetap tinggi harapan saya untuk memenangi iPad dari Mama Lyna.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

8 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Tahniah kerana berjaya menghasilkan entry berbahasa ibunda. tahniah juga kerana memasuki pertandingan mendapat iPad free...

    Tajuk entry akak "Saya mahu cerita menarik dari Blog abjadmenjadicerita.blogspot.com". Apa cerita menariknya? at least akak ulas la sikit cerita mana yang menarik tu.... yang akak kata "kadang-kadang saya tergelak seorang diri"....
    mana ceritanya?

    Seeloknya entry ini digarap lagi dengan baik beserta ulasan ttg belog yang akak baca... barulah kelihatan lebih bermakna...

    Moga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya ye!! dan, oke apa tulis dlm bhasa ni.. tak pasar sgt pun.. hehe..

    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  3. bestnye. eh. bagusnya.
    mahu turut serta!

    ReplyDelete
  4. rasa jd kompius plak baca entry ni..tajuknya cerita menarik dr blog tapi mcm takde contoh lak apa yg menariknya..mungkin lebih sesuai jd tajuk 'apa yg ada di blog "abjadmenjadicerita'

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada para juri yg sudi memberi komen2 membina. ini artikel pertama yg ditulis hanya sekadar melepaskan batuk ditangga heh..
    masih ada 3 lagi artikel, sila komen juga ya!

    ReplyDelete
  6. Sangat santai...

    http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/

    ReplyDelete
  7. gud luck ! heheh jom cabaran kedua dh pun bermula

    http://mysuperkids.net/ipad-mysuperkids-cabaran-bermula-semak-nama-anda/

    kita satu kumpulan

    ReplyDelete
  8. Gud luck juga... jom meriahkan kumpulan C punya penyertaan...

    ReplyDelete