Friday, February 18, 2011

Saya mahu pendapatan lumayan dari blog blackmountain ini.

Mommy Lyna kata boleh tulis seberapa banyak artikel yang mahu, maka saya mahu tulis
satu lagi artikel.

Kali ini artikel ini adalah berkenaan kemahuan saya memperoleh pendapatan dari blog saya ini. Saya tahu blog ini kurang menarik tapi saya akan sentiasa memperbaiki mutu blog ini agar ia setanding blog Mommy Lyna; MySuperKids atau juga blog-blog lain seperti
blog inspirasi saya, Uppercase Woman. Inilah antara blog permulaan yang saya baca dan
saya telah jatuh hati dengan stail penulisan beliau yang ringkas tetapi padat dan ikhlas.

Blog saya ini bukan blog masakan, bukan blog fotografi, bukan juga blog ilmiah. Blog saya lebih banyak menumpu kepada perkembangan dalam hidup saya, susah senang, sedih, gembira, cerita anak-anak dan juga cerita kami suami isteri. Inilah 'niche' saya dan saya berharap akan dapat memperkukuhkan 'niche' ini sedikit demi sedikit. Saya menulis blog ini dengan harapan akan ada kenangan untuk diri sendiri dan juga anak-anak bila tiba masanya kelak. Tidak lupa juga dengan harapan mendapat wang dari Nuffnang sebagai pendapatan tambahan.

Jika anda semua membaca blog ini dari awal lagi, pasti anda akan berkata,
"Blog ni macam-macam ada." Hahaha.

Memang pun, saya tulis ikut kata hati. Kalau hari tu hati senang, maka gembiralah penulisan, kalau menulis ketika sedih, maka ayat pun berbunyi marah dan kecewa
(banyak juga entry sebegini). Ketika rasa agak kreatif, saya paparkan hasil buatan tangan dan pautkan pada 'pesta lompat-blog' (?) "blog-hopping parties" supaya lebih ramai pembaca akan singgah di blog saya ini.

Sebelum ini, saya paparkan ManggaAd, tapi kerana kecewa dengan pendapatan yang sedikit (RM 0.07 sahaja setelah sekian lama), saya bertukar kepada Nuffnang, teruja dengan blog-blog lain yang memperoleh BE yang melimpah ruah. Tapi saya tidak sedar bahawa
blog2 tersebut, ramai pengikut, sebab itu BE banyak.

Oleh sebab itu, saya akan mencuba lebih gigih untuk memasarkan blog saya ini melalui pautan kepada Facebook, pautan kepada pertandingan online dan juga 'blog-hopping'.

Saya juga amat berharap akan memenangi iPAD dari Mommy Lyna.



Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

3 comments:

  1. soo true... saya pon nak menjana pendapatan sampingan dr blog tapi ntah lah, blog picisan jek takde follower pon, hehehe.. semoga kita menjadi kaya raya satu hari nnt dgn blog ^__^ salam kenal

    ReplyDelete
  2. Good luck yer

    http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/

    ReplyDelete