Saya mahu kenalkan kawan saya Zarin pula kepada semua. Dia kawan sewaktu menuntut di USM, Tronoh (dah pindah ke Transkerian, Nibong Tebal) dari undergrad sampai ke postgrad. Kami juga rakan sebilik semasa menyewa rumah di Taman Pekaka yang terletak berhampiran dengan universiti.
Zarin ni seorang yang sangat berkarisma dan bersemangat kental. Bayangkan, dia ni dengan sukarela ikut kumpulan pendaki-pendaki gunung seMalaysia walaupun sedang buat postgrad. Saya pun dah tak ingat berapa banyak gunung yang Zarin dah panjat. Dia juga tak akan takut untuk meluahkan buah fikiran diwaktu orang lain diam membisu. Satu lagi, Zarin ni sanggup beli gitar dan buku-buku tentang bermain gitar kerana nak memenuhi keinginan diri hendak pandai bermain gitar. Belajar sendiri pulak tu sampai cekap. Sempat la jugak saya merasa nyanyi karaoke sambil diiringi alunan gitar Zarin ni.
Saya pula jenis yang angguk, angguk, geleng, geleng. Cuba anda semua baca coretan Zarin ini: giler kose. Tajuknya saja dah membayangkan isi kandungannya bukan? Dah la tergolong dalam kumpulan wanita berkerjaya, dia dan suami juga ada kedai sendiri, tambah pula dengan online blogshop. (Sila lawat blogshop Zarin yer, dia ada jual beg tangan, telekong, baju renang, bunga telur dan kain pasang. Ermm..Zarin, iklan free ni, aku tak dapat beg free ka? Hahah) Bandingkan pula dengan coretan saya ini: (sila abaikan penggunaan bahasa yang berbeza, ok?) fikiran saya yang bercelaru. Nampak sangat perbezaan kami, bukan? Saya sangat-sangat mahu jadi macam Zarin yang berani dan yakin dengan kebolehan diri.
Sila baca pula coretan ini: tanggungjawab kerjaya. Zarin memang begitu. Bagi dia, a job worth doing is if you do it yourself. Saya pula lebih suka jika orang lain yang diberi tanggungjawab sebab saya ni pak turut sahaja. Suka juga menyalahkan orang lain bila ditimpa kesusahan, walaupun sebenarnya adalah salah diri saya sendiri. Tak percaya? Sila baca coretan-coretan ini pula: I was told dan Humility Cuba anda cari coretan sebegini dalam blog The Dairy of Our Daily Life, mesti tak akan jumpa, sebab Zarin tak macam saya, heh.
Sewaktu kecil, saya turutkan saja kehendak Mama dan Baba kerana saya percayakan mereka. Dah berkahwin, saya turutkan pula kehendak suami, walaupun hati memberontak dan jiwa resah gelisah, hanya kerana saya tak percaya kepada diri sendiri. Saya sedang cuba berubah, dengan bantuan kawan saya Zarin, sila baca coretan sebelum dan selepas ini.
Walaupun Zarin jarang meng'up-date' blog, namun kehadiran Zarin dan blognya dalam hidup saya sangat dihargai. Saya nak jadi macam Zarin bila saya besar nanti, :D
p/s: Adik Normy dan blognya juga tidak dilupakan! :D
p/s: Adik Normy dan blognya juga tidak dilupakan! :D
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
Sangat, sangat, sangat mengidam, okey!
Sangat, sangat, sangat mengidam, okey!
''Saya nak jadi macam Zarin bila saya besar nanti?'' bila lagi yang Kak Anis nak besar ni? confuse i.. :-p
ReplyDeleteFuu~~seb baik terselit gak nama orang kat situ. Kalau tak dah majuk dah. HuHu.
Anyway untuk jadi macam Kak Zarin perlu kuat mental n fizikal.
wow.. mmg baca sini pun dah kagum dgn zarin ni..JOM KE: ALL IN ONE
ReplyDeletegood luck
Terima kasih Nur..good luck to u too..
ReplyDeletejadi juri ek? selamat membaca..saya tak larat nak baca semua entry, lgpun terasa sangat entry saya tak layak bila banding dgn yg lain2 hehehe
http://mysuperkids.net/ipad-mysuperkids-cabaran-bermula-semak-nama-anda/
ReplyDeletegud luck lagi hehe jom cabaran kedua dh bermula anis.. cepat2